Sunday, April 21, 2013

GAME MATEMATIK..cuba dapatkan highscore

Get Adobe Flash player
KLIK START UNTUK BERMAIN

Salah satu kegunaan Matematik

Definisi Body Mass Index (BMI) atau Index Jisim Badan
BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kpd tinggi dan berat ideal. Ia terdiri drpd 5 kategori spt berikut:

Kategori Julat BMI
Kebuluran / kurang berat keterlaluan kurang drpd 15
Kurang berat dari 15 ke 18.5
Normal dari 18.5 ke 25
Berat berlebihan dari 25 ke 30
Obesiti / kegemukan lebih drpd 30
Drpd jadual di atas, BMI seharusnya kurang drpd 25.

Formula BMI
BMI boleh dikira spt berikut:
BMI = berat(kg) / tinggi�(m�)

Contoh Katakan berat seseorang itu ialah 75kg dan tingginya 157cm. Maka BMI orang itu ialah:
* 157cm tukar kpd m iaitu 157/100 = 1.57m
BMI = berat(kg) / tinggi�(m�)
= 75 / (1.57)�
= 30.4 kg/m�
Maka, kategori orang itu ialah OBESITI.
Bagaimana dgn anda? Cuba kira...

Tuesday, April 16, 2013

Matematik Magika

1. Ambik kalkulator.
(Anda x mampu melakukannya secara congak)
2. Masukkan tiga digit pertama nombor telefon anda
(tidak termasuk kod kawasan)
3. Darab dengan 80.
4. Tambah 1.
5. Darab dengan 250.
6. Tambah empat digit terakhir nombor telefon anda
7. Tambah empat digit terakhir nombor telefon anda sekali lagi
8. Tolak 250.
9. Bahagi dengan 2.
Apakah jawapannya? Sila jawab dalam ruangan komen...

Monday, April 8, 2013

MODUL PBS TINGKATAN 2 MENGIKUT BAB

SILA DOWNLOAD MELALUI 4shared

BAB 1.doc
BAB 2.doc
BAB 3.docx
BAB 4.docx
BAB 5.doc
BAB 6.doc
BAB 7.docx
BAB 8.docx
BAB 9.doc
BAB 10.docx
BAB 11.doc
BAB 12.docx
BAB 13.docx

BELAJAR PECAHAN

JOM BELAJAR PECAHAN..



JOM BELAJAR PECAHAN SETARA PULAK..



LEPAS TU KITA BELAJAR MACAM MANA NAK TAMBAH PECAHAN WAJAR..

Persamaan Matematik paling menarik pernah diselesaikan

Sekadar tatapan untuk santapan jiwa...jangan ditiru pulak..

MAKSUD MATEMATIK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh Raphael di dalam karyanya, Sekolah Athens. Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti". Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

Sunday, April 7, 2013

Saturday, April 6, 2013

UNTUNGNYA JADI CIKGU MATEMATIK

Laman ni sebenarnya untuk mereka yang ingin belajar matematik (pelajar) atau ingin belajar cara-cara mengajar matematik (pengajar). Untung jadi cikgu ni terutama cikgu Matematik, kalau tak percaya tengok video ni..